CARIAN

LATAR BELAKANG PROGRAM

SMPK Vokasional Indahpura merupakan satu-satunya sekolah yang memberikan latihan kemahiran dan akademik kepada tiga kategori murid dalam satu premis yang sama. Semua murid dibekalkan dengan latihan dan kemahiran yang cukup untuk membawa nama sekolah ke mata orang luar, sekaligus meningkatkan potensi orang kelainan upaya. Hasil daripada kepercayaan pelbagai pihak dan kecemerlangan perkhidmatan yang diberikan, murid SMPK Vokasional Indahpura sentiasa mendapat jemputan dari pelbagai agensi untuk menjalankan perkhidmatan.

Program ini membawa semua perkhidmatan yang lengkap dalam satu pakej dan dijalankan oleh murid- murid SMPK Vokasional Indahpura. Untuk menampung keperluan program ini, setiap murid diharapkan dapat menguasai lebih daripada satu kemahiran wajib iaitu sekurang-kurangnya dua kemahiran

3 BIDANG KEBITARAAN KLUSTER

EDU-TOURSIM ONE STOP CENTRE
EDU-BUDAYA
KOKURIKULUM

PROGRAM EDU-TOURISM ONE STOP CENTRE

Program Edu-Tourism One Stop Centre ialah satu program kebitaraan yang menggabungkan 6 kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan 2 kursus Mata Pelajaran Vokasional (MPV). Program kebitaraan ini bertujuan untuk mencemerlangkan lagi kemahiran murid dan guru dalam kesemua bidang kemahiran yang terlibat.

Edu-Tourism One-Stop Centre ialah satu kesinambungan setiap kursus yang akan menggabungkan semua kemahiran iaitu kemahiran housekeeping, mencuci, memasak, refleksologi, penjagaan kecantikan dan rambut serta asas penerbitan yang mana setiap murid dan guru dapat menguasai setiap kemahiran tersebut.

BIDANG KEBITARAAN AKADEMIK : EDU – TOURISM ONE-STOP CENTRE

Program Edu-Tourism One Stop Centre ialah satu program kebitaraan yang menggabungkan 6 kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan 2 kursus Mata Pelajaran Vokasional (MPV). Program kebitaraan ini bertujuan untuk mencemerlangkan lagi kemahiran murid dan guru dalam kesemua bidang kemahiran yang terlibat.

Program Kebitaraan ini dipecahkan kepada 3 kumpulan iaitu kumpulan Hospitaliti yang menggabungkan 3 kursus iaitu Kursus Atendan Bilik, Kursus Atendan Linen dan Kursus Pembantu Penyedia Makanan. Kumpulan ini akan banyak terlibat dalam bidang perhotelan yang mana setiap murid akan mempunyai ketiga-tiga kemahiran yang saling berkaitan iaitu kemahiran housekeeping, kemahiran asas jahitan dan kemahiran memasak.

Kumpulan kedua yang diberi nama ‘VIP SPA’ menggabungkan 4 kursus iaitu Kursus Jurukecantikan, Kursus Pendandan Rambut Muda, Kursus Refleksologi dan Kursus Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut. Kumpulan ini akan memastikan setiap murid dan guru akan menguasai setiap kemahiran dengan baik. Kumpulan ketiga pula ialah Kumpulan Kursus Grafik Berkomputer yang akan banyak terlibat dalam dokumentasi dan penerbitan untuk setiap aktiviti dan gerak kerja yang dijalankan.

Edu-Tourism One-Stop Centre ialah satu kesinambungan setiap kursus yang akan menggabungkan semua kemahiran iaitu kemahiran housekeeping, mencuci, memasak, refleksologi, penjagaan kecantikan dan rambut serta asas penerbitan yang mana setiap murid dan guru dapat menguasai setiap kemahiran tersebut.

BIDANG KEBITARAAN KOKURIKULUM : KEBUDAYAAN - (KOIR, GAMELAN)

RINGKASAN EKSEKUTIF

Program kebudayaan (gamelan) ialah program kebitaraan untuk mempelbagaikan kemahiran bidang kebudayaan dalam muzik tradisional sebagai salah satu cara untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan holistik di kalangan murid dan warga sekolah ke tahap yang lebih tinggi.

Tercetusnya idea untuk menubuhkan kumpulan gamelan sekolah adalah bermula daripada Majlis Konvokesyen Pertama SMPKVIP 2008 di mana amat sukar untuk mendapatkan perkhidmatan gamelan. Kebudayaan (gamelan) dipilih sebagai satu kebitaraan kerana gamelan merupakan salah satu muzik tradisional yang semakin tenggelam dek arus peredaran zaman dan perlu dinaikkan martabatnya melalui pendedahan secara aktif di kalangan murid dan warga sekolah.

Di samping memartabatkan muzik tradisional, kebitaraan kebudayaan (gamelan) dapat meningkatkan kemahiran kesenian di kalangan murid. Oleh itu, gamelan ini akan dijadikan sebagai batu loncatan menaikkan nama sekolah sekaligus membuktikan keupayaan murid-murid golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

BIDANG KEBITARAAN KOKURIKULUM : TENPIN BOLING

RINGKASAN EKSEKUTIF

Program kebitaraan kebudayaan (gamelan) diwujudkan pada pertengahan tahun 2009 untuk memberi pendedahan dan mempelbagaikan kemahiran murid dan warga sekolah dalam bidang kesenian tradisi melayu. Murid-murid akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran selain kemahiran vokasional. Kumpulan gamelan ini akan dijadikan sebagai persembahan utama dalam Majlis Konvokesyen SMPK Vokasional Indahpura yang akan diadakan pada setiap tahun. Selain itu, gamelan ini juga boleh mengadakan ‘smart partnership’ dengan pihak luar.

Atas kesedaran semua pihak, murid-murid ini juga mampu memberikan persembahan yang baik setelah mendapat latihan dan kemahiran yang secukupnya. Walaupun murid-murid mempunyai keupayaan yang berbeza namun mereka berupaya untuk mengendalikan alat-alat muzik gamelan setelah diberi latihan secara intensif.

No posts.
No posts.